Monday, December 14, 2009

Tangisan Mengiringi Perpisahan

Ibnu Al-Mubarak telah berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan. Namun dia terus pergaulinya dan berjalan bersamanya, walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibu Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan "Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."


MORAL & IKTIBAR

Buatlah kawan dengan siapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah

Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.

Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang seia dan sekata amat sukar

Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)

Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.

Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayat adalah di tangan Allah

Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

No comments:

Post a Comment