Monday, December 14, 2009

Kisah Biskut.

Ada satu cerita .....

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya darimememarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar

Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu bas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.
Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan
Moral 3: Selain daripada biskut, cake juga sesuai untuk dikongsi bersama tanpa disedari.
Moral 4 : Lain kali simpan biskut yang kita beli.. makan biskut orang dulu..



"Sekarang siapa yg malu....ahakhakkk.."

Solat Istikharah


Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita

Oleh: Ismail Abu Bakar

[Nota: Diakhir tulisan ini anda boleh muat turun Rakaman Audio yang mengupas secara panjang lebar selama 47 minit tentang Solat Istikharah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din]

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.


Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya.. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal.. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi).. Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)



Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Untuk penjelasan yang lebih mendalam berkenaan Solat Istikharah ini anda patut dengar kupasan yang panjang lebar selama 47 minit tentang solat ini oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

Sila muat turun rakaman tersebut di sini

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua

Wallah hu ‘alam

http://www.darussyi fa.org/

Saya dapat maklumat ni dari DARUSSYIFA, kalau ada masalah tu pg kat website kat atas

Berita Trajedi KB Mall

Matahariku

Malas Solat.....

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang......

Apasal la engkau malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang....

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...

Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!

ISTIMEWANYA WANITA

http://www.igetworld.com/mieKB1965

Antara wanita dengan lelaki memang banyak bezanya, sama ada lahir mahupun batin. Tenaga lahir wanita jauh lemahnya daripada lelaki. Manakala kekuatan nafsu wanita umumnya sembilan kali lebih kuat `power`nya daripada lelaki. Sebaliknya, ketajaman akal wanita umumnya cuma satu jika dibandingkan dengan lelaki yang punya sembilan ketajaman akal. Hal ini meletakkan wanita di satu kedudu-kan yang jauh jaraknya daripada lelaki. Ertinya kedudukan wanita sebenarnya tidak boleh setaraf dengan lelaki. Gelanggang perjuangan wanita tidak boleh sama dengan gelanggang lelaki. Tugas wanita juga sepatutnya jauh ber-beza dengan tugas lelaki. Justeru itu dalam pandangan Islam, wanita tarafnya makmum, manakala lelaki adalah imamnya. Haram hukumnya jika wanita menjadi imam kepada lelaki. Dengan kata lain wanita adalah pengikut, manakala lelaki adalah pemimpin atau pemerintahnya.Firman Allah:Terjemahannya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum uianita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebohagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menaf-kahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah telah tetapkan. (An Nisa`: 34)Justeru demikianlah fttrahnya, maka sepanjang umur dunia hinggalah ke saat ini wanita secara umum memang tidak kelihatan menonjol sebagai pemimpin masyarakat sama ada dalam urusan politik, ekonomi, keagamaan atau lain-lain lagi. Sekalipun memang diperjuangkan oleh sete-ngah-setengah orang agar wanita disetarafkan dengan lela-ki namun bilangan kaum lelaki yang jadi pemimpin masih jauh lebih ramai dibandingkan dengan kaum wanita. Ini bererti kuasa memerintah atau memimpin masyarakat serta rumahtangga pada lahirnya kelihatan sentiasa berada dalam tangan lelaki. Wanita seolah-olah tiada peranan atau kecil sekali peranannya dalam pemerintahan dan kepimpinan.Namun Allah SWT telah menciptakan wanita dengan suatu daya tersembunyi yang begitu kuat pengaruhnya pada kaum lelaki. Hingga kerana pengaruh inilah lelaki akan bersedia memberikan segala haknya kepada wanita.Dalam masyarakat yang ramai wanita, biasanya kerajaan demokrasi akan mengikut kehendak dan desakan daripada persatuan wanitanya kerana mengharap undi wanita-wanita tadi. Ertinya suara wanita tadi begitu penting terutama dalam pemerintahan demokrasi.Dalam rumahtangga, umumnya setiap program ditentu-kan oleh perempuan. Suami menurut saja walaupun tidak setuju demi menjaga hati atau tidak mahu bergaduh atau tidak sanggup menanggung malu atau hilang harta, sebab semua harta sudah dinamakan atas nama isteri, kerana pandainya isteri memujuk sewaktu memadu cinta. Isteri biasanya merayu-rayu agar hajatnya ditunaikan. Kalau tidak dapat, dia mengugut-ugut seperti minta cerai. Hal ini membuatkan suami terpaksa mengikut. Tapi sering juga berlaku, suami mengikut semua kata isterinya kerana sayang dan cinta.Misalnya pada waktu mahu mengadakan kenduri kahwin anak mereka, suami suka kalau kenduri itu sederhana saja. Tapi kerana isteri mahu kenduri besar, suami ikut saja. Begitu juga sewaktu hendak menerima menantu dan menentukan hantaran. Suami ikut saja kehendak isteri. Per-nah terjadi, suami sudah berjanji untuk berceramah dan merasmikan sebuah majlis di satu tempat. Tapi kerana dihalang oleh isteri, maka suami batalkan. Maknanya suami sanggup mungkir janji dan sanggup malu kerana menurut-kan kata isteri atau mungkin kerana takut pada isteri. Dalam rumahtangga hari ini, hakikatnya isteri yang catur program hidup harian termasuk program kerja suami. Orang yang tidak tahu menyangka program itu daripada lelaki atau suami.Firman Allah:Terjemahannya: Di hiasi.dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita. (Ali Imran: 14)Wanita yang disebut dulu oleh Allah. Ertinya Allah SWT telah menetapkan bahawa kecintaan atau tarikan paling utama yang ada di dunia ini ialah pada wanita. Dengan kata lain, cinta paling besar ialah pada wanita. Wanita paling kuat pengaruhnya pada lelaki, kerana selain daripada cantik dan menarik, ia penting pada lelaki. Wanita juga makhluk yang hidup, bercakap, dan berfikir. Gerakan, kata-kata dan fikirannya boleh menambahkan tarikan dan pengaruhnya pada lelaki. Apabila lelaki sudah terpengaruh, cinta, sayang, sudah beri hatinya pada wanita, waktu itu wanita boleh buat apa sahaja, boleh kata apa sahaja dan boleh minta apa sahaja manakala lelaki menyerah dan mengikut sahaja, kecuali lelaki beriman. Itulah kuasa wanita. Kuasa tersembunyi yang mampu menguasai pemerintah-pemerintah dunia.Tidak keterlaluan rasanya kalau dikatakan, dunia hari ini berada dalam tangan wanita. Pengaruh wanita dalam politik, ekonomi, sosial dan lain-lain aspek hidup begitu besar dan penting. Wanita berkuasa mencatur dunia mengikut seleranya. Oleh kerana lelaki sudah meletakkan wanita begitu istimewa sekali, maka tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menyelamatkan dunia daripada cengkaman nafsu wanita.Sebenarnya kita bukan bermaksud memperkecilkan wanita. Sekiranya wanita itu ialah wanita solehah yang kekuatan nafsunya sudah dilemahkan daripada sembilan menjadi satu dan kalau ketajaman akalnya dapat ditingkatkan daripada satu kepada sembilan, menyamai apa yang ada pada lelaki (lelaki yang beriman) maka sumbangan wanita akan jadi besar nilainya. Lihat sejarah Siti Khadijah Ummul Mukminin. Adanya ia di sisi Rasulullah telah memberi satu kekuatan unggul pada perjuangan Islam itu sendiri. Kata-katanya, dorongannya dan perangsangnya mengembalikan semangat Rasulullah serta menjadikan jiwa baginda segar dan kuat sewaktu-waktu baginda diusir, ditekan dan dihina oleh kaumnya.Kekuatan jiwa Siti Khadijah tiga kali lebih tinggi dari-pada kekuatan jiwa lelaki biasa, kata Rasulullah. Hal itulah yang meletakkan beliau begitu penting bagi perjuangan Islam. Dia boleh tenang pada waktu keadaan kacau. Dia masih boleh memberi nasihat dan dorongan dalam suasana orang lain sudah hilang pertimbangan. Dia berasa boleh mewakafkan semua kekayaannya demi membela Islam. Dia cukup dengan Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya ada wanita sedemikian yang dapat mempengaruhi semua lelaki, maka dunia akan selamat. Kerana kemahuannya itu bukan didorong oleh nafsu, tapi oleh iman dan taqwa.Tapi hari ini wanita dikuasai oleh nafsu dan syaitan. Wanita solehah hampir tidak ada. Justeru itu tercoraklah dunia menurut nafsu dan syaitan.Hanya lelaki yang beriman dan bertaqwa yang boleh menyelamatkan keadaan ini. Sebab orang beriman boleh mengawal kecintaan atau pengaruhnya pada wanita. Sebab hati mereka lebih cinta dan takutkan Allah daripada cinta dan takutkan perempuan. Walau bagaimana bijaknya perempuan itu menggoda, mereka tidak akan tergoda. Mereka lebih dengar kata Allah daripada kata perempuan. Dan mereka boleh mengutamakan perjuangan menegakkan hukum Allah daripada melaksanakan kehendak perempuan. Rayuan atau ugutan perempuan mampu dihadapi dengan berani dan tegas. Hingga merekalah yang memerintah, bukannya perempuan. Dan mereka (lelaki beriman) yang menghukum dengan kuasa yang ada di tangannya dan bukannya di tangan perempuan.

Ben 10

Tangisan Mengiringi Perpisahan

Ibnu Al-Mubarak telah berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan. Namun dia terus pergaulinya dan berjalan bersamanya, walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibu Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan "Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."


MORAL & IKTIBAR

Buatlah kawan dengan siapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah

Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.

Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang seia dan sekata amat sukar

Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)

Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.

Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayat adalah di tangan Allah

Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

PANDUAN SAF KANAK-KANAK

Adakah kedudukan saf kanak-kanak di belakang saf orang dewasa, atau mereka tidak perlu diletakkan di saf yang berasingan. Menjawab persoalan ini marilah kita merujuk kepada beberapa hadis Rasulullah s.a.w.


Hadis yang pertama, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 822)

عن أنس بن مالك:

أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته، فأكل منه، فقال (قوموا فلأصلي بكم). فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس، فنضحته بماء، فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم واليتيم معي، والعجوز من ورائنا، فصلى بنا ركعتين."

Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda: "Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w. berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat."


Hadis kedua juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 823):

عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال:

أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يومئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، فنزلت وأرسلت الأتان ترتع، ودخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي أحد.
Daripada Ibn Abbas katanya: "Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya ,melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya.


Kedua-dua hadis ini, Imam al-Bukhari memasukkan di bawah tajuk:

باب: وضوء الصبيان، ومتى يجب عليهم الغسل والطهور، وحضورهم الجماعة والعيدين والجنائز، وصفوفهم.

Bab: Wuduk kanak-kanak, bilakah mereka wajib mandi dan bersuci, kehadiran mereka untuk sembahyang berjemaah, sembahyang hari raya dan jenazah dan bagaimana saf-saf mereka.


Daripada riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh al-Bukhari dalam bab ini tidak didapati ada saf yang khusus untuk kanak-kanak. Ini bererti Imam al-Bukhari berpendapat kanak-kanak tidak perlu diasingkan daripada saf orang dewasa.


Rasulullah s.a.w. membiarkan Anas berdiri bersama dengan kanak-kanak. Jika dengan alasan kebersihan ( atau kenajisan ) kanak-kanak itu sembahyang Anas menjadi tidak sah tentu baginda akan menyusun saf dengan meletakkan Anas di kanannya kemudian anak yatim tersebut di belakangnya.


Begitu juga dalam hadis yang kedua, sahabat-sahabat tidak menegah Ibn Abbas menyertai saf itu dengan alasan beliau masih kecil. Ini menunjukkan bahawa menjadi amalan masyarakat pada ketika itu kanak-kanak tidak diasingkan daripada saf orang dewasa.


Hadis yang pertama itu juga diriwayatkan al-Tirmizi (nombor 234) dan beliau memberikan ulasannya:


قَالَ أَبُو عِيسَى: حَدِيثُ أَنَسٍ صَحيحٌ، وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهلِ العِلمِ، قَالُوا: إِذَا كَانَ مَعَ الإِمَامِ رَجُلٌ وَامْرَأَةٌ، قَامَ الرَّجُلُ عَن يَمينِ الإِمَامِ وَالمَرْأَةُ خَلْفَهُمَا، وَقَدْ احْتَجَّ بَعْضُ النَّاسِ بِهَذَا الحَدِيثِ في إِجَازَةِ الصَّلاَةِ إِذَا كَانَ الرَّجُلُ خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ، وَقَالُوا: إِنَّ الصَّبيِّ لَمْ تَكُن لَهُ صَلاَةٌ، وَكَانَ أَنَسٌ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحْدَهُ، وَلَيْسَ الأَمرُ عَلَى مَا ذَهْبُوا إِلَيهِ لأَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقَامَهُ مَعَ اليَتيمِ خَلْفَهُ، فَلَوْلاَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَعَلَ لِليَتِيمِ صَلاَة، لَمَا أَقَامَ اليَتِيمَ مَعَهُ وَلاَ أَقَامَهُ عَن يَمِينِهِ.

"Abu Isa (al-Tirmizi) berkata: Hadis Anas adalah sahih. Amalan mengikut hadis ini di sisi ahli ilmu iaitu apabila bersama imam itu ada seorang lelaki dan perempuan, maka lelaki itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di belakang mereka berdua. Sesetengah orang mengharuskan sembahyang seorang lelaki berseorangan di belakang saf. Mereka berkata, sembahyang kanak-kanak itu tidak dikira dan Anas berseorangan di belakang Rasulullah s.a.w. Pendapat ini tidaklah tepat kerana kerana Rasulullah s.a.w. menempatkan Anas bersama anak yatim di belakang baginda. Andai kata baginda tidak mengira sembahyang anak yatim itu tentu baginda tidak menempatkannya bersamanya (Anas) dan tidak juga menempatkannya di kanannya (Anas)."


Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang lain. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.


Dalam mensyarahkan hadis ini, Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hal. 494)


Walaubagaimanapun, dalam keadan ramai makmun atau jemaah yang besar, kanak-kanak tidak dibenarkan berada secara langsung di belakang imam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no. 432):

عن أبي مسعود. قال:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح منا كبنا في الصلاة ويقول "استووا ولا تختلفوا. فتختلف قلوبكم. ليلني منكم أولو الأحلام والنهى. ثم الذين يلونهم. ثم الذين يلونهم" قال أبو مسعود: فأنتم اليوم أشد اختلافا.
"Luruskanlah dan janganlah kamu saling bertelingkahan lalu dengan itu hati-hati kamu tidak bersatu, hendaklah orang-orang yang cerdik pandai mengiringiku, kemudian yang mengikuti mereka dan yang mengikuti mereka."


Sudah tiba masanya masyarakat untuk berubah dan kembali kepada petunjuk hadis terutama sekali pihak pengurusan masjid. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, gangguan yang berlaku di masjid pada ketika sembahyang Jumaat. Kanak-kanak yang berada sesama mereka mengambil kesempatan untuk berbual-bual sehingga menyebabkan suasana khutbah Jumaat hingar-bingar. Apa yang menyedihkan lagi dan membimbangkan ialah dalam suasana yang tidak terkawal itu ada yang tidak bersembahyang langsung.


Kesimpulannya, dengan meletakkan kanak-kanak di dalam saf iaitu bapa berada bersama-bersama dengannya anaknya, maka anak berada di bawah jagaannya dan keadaan akan terkawal. Selain itu, secara tidak langsung akan mendidik anak-anak cara-cara hidup bermasyarakat kerana dapat berinteraksi dengan semua lapisan umur.

Pantun Hari-hari

Hari-hari makan laksa
Sedapnya kuah ikan kelisa
Badan kuat serta perkasa
Selamat menyambut hari selasa

Menangkap ikan pakai bubu
Untuk hidangan nasi kerabu
Kenapa masih dalam kelambu
Ofis kau tutup ker hari rabu

Atas pokok ada penyegat
Anak kambing baunya hamis
Kenapa kau tak pernah ingat
Janji nak belanja aku hari khamis

Sudahkah anda tunaikan solat?
Solat wajib 2 rakaat
Bukannya apa cuma saje nak ingat
mana tau esk kiamat..selamat hari jumaat

Hari-hari minum air batu
minum sampai rahang kematu
tengah sibuk sangat ke tu?
Sampai tak ingat janji dating hari sabtu

Hudud Relevan Dengan Jenayah Ragut

Hudud Dan Qisas Relevan Dengan Peragut

Berita peragut seringkali dipaparkan dalam media massa. Keterlaluan dan keberanian mereka sudah sampa ke tahap yang kritikal kerana sering sahaja mangsa kehilangan nyawa. Saya fikir dengan kritikalnya masalah ini, sudah tiba lah saat kerajaan memikirkan satu bentuk hukuman yang boleh mencegah gejala ragut.
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).
Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Di Tanah Arab suatu ketika dahulu, jenayah mencuri dan merompak jemaah haji lelaki dan wanita di Baitullah begitu berleluasa. Dengan itu, sebahagian jemaah haji tidak lagi mahu kembali ke Mekah kecuali untuk menunaikan nazar yang kecil. Oleh itu, Hijjaz (Kerajaan Saudi) telah melaksanakan hukuman ini sehingga keamanan dapat distabilkan. Kejayaan menangani jenayah ini melalui pelaksanaan hokum hudud sangat mengagumkan dan memeranjatkan banyak pihak. Sepanjang temph 24 tahun hukuman ini dijalankan hanya 16 orang dikenakan hukuman potong tangan. Secara tersirat, Kerajaan Saudi Berjaya menyelamatkan beribu-ribu tangan yang tidak berdosa.
Kekerasan hukuman ini juga hakikatnya ada rahmat kepada orang yang hendak melakukan jenayah kerana ia menimbulkan ketakutan pada orang lain untuk melakukannya. Perlu difahami di sini, hukuman hudud tidak bertujuan untuk membalas dendam kepada penjenayah tetapi sebaliknya menyelamatkan bakal-bakal penjenayah dan memelihara orang ramai.
Malah kalau melihat kepada reality kes ragut hari ini, bukan setakat hudud sahaja yang boleh dijalankan tetapi hukuman diyat juga boleh dijalankan jika mangsa ragut meninggal dunia kerana membunuh dengan tidak sengaja.

Sesungguhnya kita perlu memahami dan mengerti betapa kemuquddasan syariat Allah s.w.t yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Islam itu adil.

Jambatan Air

Muharram Menjelang Lagi

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' IAITU PADA HARI AHAD 27 DECEMBER 2009 . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala '.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam...

Accident near KB Mall.

KB Mall roof top accident.

KB Mall accident

KB Mall

Tak Mengapa

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Adab bersin.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T. sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah". Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)



Tasymid dan Tahmid Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Dua orang laki-laki bersin dekat Nabi SAW. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka bertanya orang yang tidak ditasymitkan, tetapi aku bersin tidak kamu tasymitkan. Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah sedangkan kamu tidak." (Sahih Muslim)


Huraian:

1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkah-laku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.


2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.



3. Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan "alhamdulillah", sebagai rasa bersyukur dengan memuji Allah. Dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan "yarhamukallah" sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati Allah. Serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan "Yahdiinaa wayahdiikumullah". Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan 'al-hamdulillah' selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.


4. Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan "Yarhamukallah" dengan ucapan "Yahdiina wayahdii kumullah", dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan "Afakallah" (Semoga Allah menyembuhkan anda) sebagai ganti dari ucapan "Yarhamukallah".


5. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.



Sumber: JAKiM

Mitos buah-buahan




Usah takut untuk menikmati buah-buahan seperti nanas,mentimun dan betik yang sering kali dikatakan tidak baik untuk kesihatan organ intim wanita. Sebenarnya,larangan tersebut lebih tertumpu pada mitos.Kenyataannya, bahan-bahan tersebut mengandungi gizi yang baik, terutamanya bagi wanita. Jadi, jangan ragu untuk menikmatinya.



Betik

Mitos: Alat sulit atau organ intim mengeluarkan lendir yang berlebihan.

Fakta:


* Betik muda biasanya tidak berbau. Getahnya yang berwarna keputihan mengeluarkan suatu enzim 'protease' yang fungsinya sama seperti 'bromelin' pada nanas atau 'actidin' pada kiwi.

* Isi buah betik yang berwarna oren menunjukkan bahawa betik kaya dengan beta karoten, sangat berguna untuk menjaga penglihatan, memperbaiki jaringan yang rosak, mempertahankan kelembapan kulit dan rambut.

* Betik juga sumber vitamin C, iaitu antioksida yang akan menghalangradikal bebas.

* Serat dalam betik, merupakan serat yang larut dalam air yang boleh mengikat kolesterol jahat. Serat ini juga membantu penghadaman serta melancarkan pembuangan air besar.



Mentimun

Mitos: Keputihan dan bau yang tidak sedap di bahagian vagina.

Fakta:


* Mentimun mengandungi asid 'malonat' yang baik untuk mengurangi berat badan.

* Kandungan seratnya yang tinggi berguna untuk melancarkan pembuangan air besar, menurunkan kolesterol dan meneutralkan racun.

* Kandungan 'fosfor', vitamin C, asid 'folic' pada mentimun berfungsi melancarkan pembuangan air kencing, menghilangkan ketegangan, atau ubat antistress. Vitamin E yang terkandung pada mentimun juga akan melambatkan proses penuaan dan menghilangkan kedut.

* Mentimun juga mengandungi 'astringent' sehingga boleh meneutralkan kulit yang terlalu berminyak, merawat jerawat, mengatasi bengkak di sekitar mata dan mencegah kedutan di wajah.




Nenas

Mitos: Rasa gatal di bahagian vagina.

Fakta:


* Nanas mengandungi asid 'oxalic'. Jika nanas dimakan tanpa dibersihkan terlebih dahulu, ia boleh menimbulkan rasa gatal bagi yang memakannya. Rasa gatal tersebut terjadi di bahagian luar tubuh, seperti permukaan kulit, atau di dalam tubuh, seperti di bahagian dalam organ wanita. Jadi, sebaiknya nanas dibersihkan dengan garam terlebih dahulu supaya kandungan asid 'oxalic'nya hilang.

* Nanas adalah sumber vitamin C dan vitamin A yang merupakan antioksida bagi tubuh. Selain itu, karotena dalam nanas berguna untuk mempertahankan kesihatan kulit.

Oh Fatimah

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Kerjaya Terbaik untuk Wanita

WANITA adalah makhluk yang diberikan pelbagai kelebihan oleh Allah. Dengan kelebihan yang dimilikinya itu, dia berupaya melaksanakan pelbagai perkara dalam satu masa dengan tekun dan rapi. Justeru, bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya kaum Hawa juga mampu menguasai dunia pekerjaan dan bergelar pemimpin yang selama ini kebanyakannya didominasi oleh kaum Adam. Ternyata kredibiliti yang dimiliki oleh kaum wanita tidak harus dipandang sebelah mata. Bagi mengetahui apakah kerjaya yang cocok atau sesuai disandang oleh wanita, apa kata semak info di bawah.





1. Pegawai Perhubungan Awam (Public Relationship - PR)
Wanita sememangnya dikenali sebagai individu yang banyak bercakap. Malah kajian gender yang dilakukan turut bersetuju bahawa wanita adalah 'makhluk komunikasi' sementara lelaki pula adalah individu penuh logika yang 'kaku' dan tidak banyak berkomunikasi. Jadi, berdasarkan faktor komunikasi yang baik, wanita adalah 'wakil' yang tepat
untuk menjaga syarikatnya.

2. Peguam
Kemampuan berbicara memang sudah menjadi kelebihan wanita. Kebolehan dalam mengeluarkan hujah-hujah bernas bisa 'memikat' perhatian hakim. Bukan itu sahaja, kemampuan mereka sewaktu mengadakan rundingan juga menjadi 'bonus' untuk mereka bergelar seorang peguam yang unggul.

3. Pakar perunding (Consultant)
Seorang pakar perunding seharusnya mampu menyelesaikan masalah para pelanggannya. Wanita memiliki kelebihan dan tahap kesabaran yang tinggi untuk mengorek keterangan secara mendalam terhadap sesuatu perkara atau permasalahan. Jadi, kerjaya sebagai perunding sangat sesuai buat mereka.

4. Pakar Kanak-kanak
Kerjaya sebagai pakar kanak-kanak sangat sesuai untuk kaum Hawa. Ini kerana secara nalurinya, golongan ini lebih 'mesra' dengan kanak-kanak. Itu belum lagi sekiranya mereka memiliki anak sendiri. Pastinya, mereka lebih memahami situasi ibu bapa kanak-kanak tersebut apabila anak mereka sakit.

5. Pakar Psikologi
Pakar psikologi yang baik adalah seorang pendengar yang baik. Malah secara dasarnya, wanita sangat suka berbicara dari hati ke hati. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, hampir semua wanita 'berbakat' menjadi seorang pakar psikologi.

6. Perancang Kewangan
Pasti ramai yang pernah mendengar bahawa wanita adalah pengurus kewangan terbaik dalam keluarga. Ini kerana mereka sudah biasa mengurus dan merencana perjalanan kewangan mereka. Biarpun dikatakan agak boros berbelanja, namun wanita bijak merencana perjalanan kewangan mereka. Jadi, mana mungkin kebolehan mereka dalam urusan tersebut diragui.

7. Pereka
Rekaan merupakan bidang seni yang bersifat feminin dan mengutamakan cita rasa. Namun, ia bukanlah sesuatu yang sulit bagi wanita kerana lingkungan kehidupan mereka sememangnya sudah dilingkari dengan pelbagai tugas yang berkaitan dengan seni. Sebagai contoh, bermula dalam soal memilih pasangan hinggalah menata rias kediaman.

8. Jualan & Pemasaran
Bagi wanita, memperluaskan rangkaian perhubungan adalah sebahagian daripada rutin hidupnya. Cubalah hitung dalam sebulan, berapa kali anda punya temu janji dengan teman lama? Itu belum termasuk agenda lain yang lebih daripada satu setiap bulan. Sedar atau tidak, dari situ rangkaian perhubungan berkembang dan urusan kerja seharian berjalan lebih lancar.

9.Pengarah Urusan
Memegang jawatan sebagai pengarah urusan bermakna seseorang individu itu harus mengetahui dan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan kemajuan syarikatnya. Ini bermakna, mereka yang memegang status jawatan ini harus peka dan bertanggungjawab. Berbicara soal kepekaan dan tanggungiawab, sebenarnya wanitalah yang paling hebat.

10.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Wanita juga layak bergelar CEO. Semua kriteria untuk bergelar seorang CEO dalam syarikat kini sudah mampu dipenuhi oleh kaum Hawa. Percaya atau tidak, wanita secara lahiriah sudah memiliki lebih kemampuan untuk bergelar seorang pemimpin. Bukan itu sahaja, mereka juga berupaya membentuk sebuah kumpulan pekerja dan mengendalikannya serta mampu membuat keputusan yang tepat.

Itulah Sayang

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

negara sumpahan minyak

M'sia negara 'sumpahan minyak'
Dis 12, 09 1:45pm

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

Kenangan Mengusik Jiwa

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Dara Pujaan

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Kau Telah Tiada

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Salam



Arah Kiblat.